Pada setiap pagi Jumaat,
sebelum menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun
akan berjalan menyusuri jalan di sebuah kota dan menyebarkan risalah bertajuk
“Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu pagi Jumaat yang
indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa
menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan
mulai turun dengan lebatnya.
Anak kecil itu mula
membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya
sudah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa wahai anakku?”.
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa wahai anakku?”.
“Ayah bukankah ini masanya
kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
“Anakku! Bukankah sejuk
keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada
manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak
bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya
merayu “Benarkan saya pergi dulu wahai ayah?”
Ayahnya berasa agak
ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. “Pergilah nak
dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah”sambil
memeluk dan mencium pipi ayahnya.
Dengan wajah bersinar-sinar
anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam
kelebatan hujan waktu itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah
tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk
setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam,
hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia
berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di
tangannya itu.
Dia berpusing-pusing ke sana
dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun
dia gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu
dan mula mengatur langkah menghampiri rumah tersebut. Apabila sampai sahaja di
rumah itu, lantas memberi salam dan ditekannya loceng rumah tersebut. Dia
tunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu lalu
memberi salam, namun sekali lagi tiada jawapan. Bagai ada sesuatu yang memegang
tubuhnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini
diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang lelaki dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang pakcik boleh
bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah
malaikat yang turun dari langit.
“Pakcik, maaf saya
mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan
sentiasa memelihara pakcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah
akhir ini dan pakcik adalah orang yang paling bertuah”.
Dia senyum dan tunduk
wajahnya sebagai tanda hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan
akan melindungi kamu wahai anak” dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum
waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum
selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu.”
Tiba-tiba sekujur tubuh
bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah lelaki separuh umur itu. “Saya
rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir
ke majlis ilmu ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan semua, sebelum Jumaat
minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Isteri saya meninggal beberapa tahun
lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini.”
Air mata mulai bergenang di
kelopak matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas
saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali.
Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat
hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila
sampai masa saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi
terdengar panggilan salam yang amat merdu dari suara anak kecil. Saya tunggu
sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak
dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi beserta dengan salam. Kemudian saya
mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi.
Belum pernah pun ada sesiapa pun yang menekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum
pernah saya melihat anak kecil yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas
dan suaranya seperti malaikat”.
“Pakcik, maaf saya
mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa
memelihara pakcik” itulah kata-kata yang paling indah yang pernah saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi
kembali menyusuri hujan yang amat lebat. Saya kemudian menutup pintu dan terus
membaca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asalnya. Saya tak
perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya
sudah menjadi seorang muslim yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang
taat pada yang satu DIA adalah ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil
yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan tersesat berada
selama-lamanya di dalam neraka”
Tiada satu pun anak mata di
masjid waktu itu dalam keadaan kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir
ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk
anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini adalah Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
Tiada anugerah yang amat
besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada
di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata
itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

No comments:
Post a Comment