Monday, 10 September 2012

I know I not pretty,,So What..??

 Assalammualaikum..

 

(^___^)

post kali ni ana nak kongsi sedikit tentang rakan fb ana.. Alhamdullillah,semua jenis prihatin,suka LIKE dan yang penting suka SHARE..   (ilmu itu perlu dikongsi taw.. Sharing is Caring..)

tapi,,yang menarik perhatian ana, kebanyakkan status update dlm fb  adalah tentang  'Jodoh'.. Bila tengok balik,semua post yang pasal jodoh ni,,mesti banyak orang LIKE..

hehe.. kenapa ya banyak orang 'like'?? -sentiasa menjadi persoalan dalam hati ni... tapi.............hmmm..

ana pon selalu LIKE jugak kalau status macam tu.. haha.. 

"saya tahu saya tak cantik" <== ana copy status update dari salah seorang rakan fb ana.. simple tapi menarik+BETUL sangat..   (^__^)



 

~SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK~

Saya tahu saya tidak cantik..
Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik,
Saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik,
Saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik,
Saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik,
Saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik,
Saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik,
Akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu..
Saya tidak cantik pada pandangan manusia..
Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH..
Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar...
Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak.. :)
 
-shujaie kamal-


Bantu hambaMu Ya Allah..


 
 
`•.¸.•❤•..•♥ Assalamu'alaikum wr wb ♥¸.•❤•..


♥♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ



❤¸¸.•⊱Bantu hamba Ya Allah..



Bantu hamba untuk menjadi wanita♥ yang jauh lebih baik..


Wanita♥ yang menjadi pilihan..


Wanita♥ yang selalu memberikan keteduhan..


Karena aku menginginkan kebaikan..


hanya untuk-Mu dan hanya di jalan-Mu..


Jauhkan hamba dari segala sifat yang buruk ya Allah....


Lindungi hamba dari segala fitnah


•.¸¸❤¸¸.•*Aamiin Aamiin Ya Rabbal A’lamiin….•.¸¸❤

Thursday, 6 September 2012

15 Ciri Wanita Syurga




1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

 

 

p/s:

semoga hijab menjadi pakaianmu..

semoga kesucian menjadi amalanmu..

semoga kesopanan menjadi perhiasanmu..

semoga Syurga menjadi tempatmu.. 

 

Tuesday, 4 September 2012

Cemburu dan rAsa rendah diri..??

Assalammualaikum w.b.t..

 

Wanita memang ingin sentiasa cantik dan bergaya.

kadang-kadang tu,, bagi orang perempuan yang biasa,,

 bila terserempak dengan orang yang cantik, mesti timbul rasa rendah diri..

"aku ni  tak cantik.. siapalah aku ni.. untunglah depa.."

(*depa- mereka)

tapi..

wahai kakak-kakak dan adik-adik sekalian,

cantik fizikal boleh luntur dan hilang sekelip mata, tapi,, cantik akhlak, insyaallah,Allah akan pelihara kita,jaga kita..

ingat..
setiap wanita ada harganya,ada martabatnya..
peliharalah ia (maruah) kerana wanita solehah itu adalah wanita yang tinggi maruahnya..

"Saya tidak cemburu bila melihat wanita lain lebih cantik daripda saya.. Tapiii saya sangat2 cemburu bila melihat wanita lain lebih solehah daripada saya.." ^_^

 

 

setiap muslimah ada 'solehah'nya, ada sopan santunnya..

carilah ia dalam diri..

sentiasalah bermunasabah diri..

Insyaallah,Allah akan tunjukkan jalan untuk kita..

 

=> jangan putus-asa ya ukhti..  (^__^)