Tak ramai orang tahu tentang selawat ini dan kelebihan mengamalkannya. Selawat tafrijiyyah a.k.a Selawat Nariyah membawa maksud terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknya ia MENGAMALKAN SELAWAT NARIYAH dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak ia mampu.
Bagi orang yang menghadapi KESEMPITAN atau KEBUNTUAN dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah di baca sehingga 4444 KALI.
Kata Imam Addainuri rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 KALI yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke darjat yang tinggi. Kata Al Qurtubi pula, sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44KALI nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan berkasihi oleh orang ramai.
Conclusion:
1) Menurut Imam Addainuri => barangsiapa membaca selawat ini 11KALI setiap hari lepas sembahyang lima waktu rezekinya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
2) Menurut Imam Al-Qurtubi=> barangsiapa membaca selawat ini 44 KALI atau 100 kali, Allah akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
3) Barangsiapa yang membaca selawat ini 313 KALI setiap hari nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

No comments:
Post a Comment